a

ISRA - The International Shari'ah Research Academy for Islamic Finance

15th Muzakarah Cendekiawan Syariah Nusantara (Muzakarah2021)


MUZAKARAH2021

Date

7-8 July 2021

 

Akademi Penyelidikan Syariah Antarabangsa dalam Kewangan Islam (ISRA) akan menganjurkan Muzakarah Cendekiawan Syariah Nusantara Ke-15 (MUZAKARAH2021) pada 7-8 Julai 2021 secara maya melalui aplikasi zoom.

Muzakarah2021 membawa tema “Industri Kewangan Islam Pasca Pandemik: Impak, Cabaran dan Hala Tuju”. Pemilihan tema ini bertepatan dengan krisis ekonomi global masakini yang berlaku ekoran daripada pandemik COVID-19 yang masih tidak berpenghujung. MUZAKARAH2021 akan mengupas secara mendalam isu-isu yang dihadapi oleh industri kewangan Islam dalam menghadapi pandemik dan bagaimana persoalan fiqh yang timbul ditangani oleh pelbagai pihak termasuk pengawalselia, pakar Syariah dan pengamal industri.

MUZAKARAH2021 selaku wadah utama bagi para cendekiawan dan pengamal industri di rantau Nusantara membahaskan isu-isu Syariah dalam kewangan Islam, akan membincangkan apakah strategi serta metod yang paling sesuai bagi mendepani krisis global ini. Penekanan utama diberikan kepada impak pandemik COVID-19 ke atas institusi kewangan Islam, di samping cabaran-cabaran yang dihadapi serta menggariskan hala tuju industri ini di masa hadapan.

MUZAKARAH2021 akan mengketengahkan cendekiawan Syariah dan ikon utama dalam industri kewangan Islam Nusantara melalui 5 sesi berikut:

  • Industri Perbankan Islam: Isu-Isu dalam Implementasi Moratorium
  • Pasca Moratorium: Cabaran dan Halatuju
  • Industri Takaful: Pindaan Klausa Dana Tabarru’
  • Crowdfunding: Sumber Kewangan Alternatif Ketika Pandemik
  • Penggunaan Dana Zakat bagi Pembiayaan Asnaf yang Terkesan dengan Pandemik

Setelah tamat semua pembentangan dan perbincangan, sebuah resolusi akan di rangka sebagai panduan bagi institusi-institusi kewangan Islam serantau khususnya dengan memantapkan lagi peranan cendekiawan-cendekiawan Shariah serta mempromosikan kedudukan Syariah sebagai jalan bagi mencapai kelestarian ekonomi dan kehidupan masyarakat.